Skip to main content

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global  |  Kampus Utama

Program Pascasiswazah

 

ekskavasi_1.jpg

Bagi pengajian pascasiswazah, kami menawarkan program Ijazah Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Arkeologi. Kami mempunyai hubungan kerjasama yang kukuh dengan pelbagai universiti antarabangsa (rantau ASEAN, Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom) yang menyediakan latihan pascasiswazah yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang paling relevan dengan keperluan kami.

Latihan Pascasiswazah

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (CGAR) menawarkan program penyelidikan Ijazah Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) yang melibatkan penulisan tesis berdasarkan aspek tertentu dalam bidang Arkeologi.

ARC01 - Zaman Paleolitik di Asia Tenggara

ARC02 - Zaman Neolitik di Asia Tenggara

ARC03 - Zaman Logam di Asia Tenggara

ARC04 - Arkeosejarah di Asia Tenggara

ARC05 - Etnoarkeologi di Asia Tenggara

IJAZAH SARJANA SASTERA (MA)

Tempoh:

Sepenuh masa (12/36 bulan)

Separuh masa (24/36 bulan)

Keperluan:

Memiliki ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang, diutamakan dalam bidang sains semula jadi.

DOKTOR FALSAFAH (Ph.D.)

Tempoh:

Sepenuh masa (12/72 bulan)

Separuh masa (36/96 bulan)

Keperluan:

Memiliki ijazah Sarjana dalam bidang arkeologi atau bidang berkaitan, atau kelayakan yang setara.

Permohonan kemasukan ke program Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) dibuka sepanjang tahun.

Borang permohonan boleh didapati di Institut Pengajian Siswazah.