SESI LAWATAN PENGURUSAN ASET PPAG OLEH YBRS. PROF. DR. AZLAN BIN AMRAN (TNC BJIM) DAN PASUKAN USM
24hb Mac 2023 (Jumaat)- Lawatan diketuai oleh YBrs Profesor Dr. Azlan Bin Amran (TNC BJIM USM) bersama En. Nazri Bin Ahmad (JPPA), Pn Norliyana Binti Mohd Akil (Jabatan Bendahari) dan beberapa wakil daripada Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Tujuan sesi ini adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pengurusan aset selain berkongsi pengalaman terutamanya perkara yang berkaitan penjanaan pendapatan dan penjimatan daripada pengurusan aset.
Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Profesor Stephen Chia (Pengarah PPAG) dan En. Abd Mutalib (Pegawai Aset) berkaitan aset PPAG, latihan yang terlibat, penjanaan pendapatan dan program penjimatan yang telah dan sedang dilaksanakan. Delegasi turut dibawa melawat ke makmal untuk melihat operasi beberapa alatan bernilai tinggi seperti X-Ray Flourescence (XRF), X-Ray Diffraction (XRD), dan Scanning Electron Microscope (SEM).
LAWATAN KERJASAMA DAN PROMOSI MAKMAL PPAG KE PIHAK LUAR DI LEMBAH KLANG
17hb Mac 2023 (Jumaat)- Makmal MPBB PPAG yang diketuai oleh En. Abdul Mutalib Abdullah bersama En. Muhammad Ikhwan Harun dan En. Khairul Safie telah melawat tiga institusi di sekitar Lembah Klang iaitu Balai Seni Lukis Negara, I-CRIM Universiti Kebangsaan Malaysia dan Petronas Research Sdn Bhd. Tujuan lawatan adalah untuk membina jaringan penyelidikan dan analisis makmal melalui kepakaran masing-masing, usahasama latihan berkaitan makmal dan kursus ISO 17025 serta perkongsian kemudahan makmal dan promosi analisis.