Seminar Teknologi Gelombang Mikro untuk Penyediaan dan Pengekstrakan Sampel
1 Disember 2022: Seminar Teknologi Gelombang Mikro untuk Penyediaan dan Pengekstrakan Sampel telah berjaya berlangsung di Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan Toray USM. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknologi gelombang mikro yang dapat membantu memudahkan proses penyediaan dan pengekstrakan sampel yang rumit. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada golongan pelajar, staf USM dan juga orang luar telah mengikuti aktiviti seminar sepanjang ia berlangsung. Seminar ini diadakan dengan kerjasama Makmal Pencirian Bahan Bumi bersama Interscience Sdn. Bhd dan Milestone.