Perjanjian MoA PPAG USM dan MyQAS Certification Sdn Bhd
Pada 12hb Mac 2024, PPAG, USM telah menandatangani suatu perjanjian MoA (Memorandum of Agreement) bersama syarikat MyQAS Certification Sdn Bhd.
Melalui perjanjian ini, MyQAS telah melantik Makmal PPAG (MPBB) sebagai makmal panel yang akan menjalankan analisis ke atas bahan binaan industri untuk tujuan pensijilan SIRIM.
Majlis MoA ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr Habibah Abdul Wahab (Timb. Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Datin AR. Junn Ng Hooi Chin (Pengarah Syarikat MYQAS Certification Sdn. Bhd), YBhg. Dato’ IR. Dr. Ch’ng Guan Bee (Penasihat Syarikat), YBrs. Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon (Pengarah PPAG), Ahli Majlis, dan staf PPAG.