Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

Mesyuarat Pemurnian Kerjasama Penyelidikan CREaTE - PPAG

2 April 2024: Satu mesyuarat antara wakil CREaTE JKR dan PPAG USM telah diadakan bagi meneliti dan membincangkan kerjasama penyelidikan yang diusahakan oleh pihak CREaTE JKR. Penyelidikan ini mensasarkan satu rekabentuk penyelesaian kepada bahan binaan gantian yang akan digunapakai bagi kerja baikpulih bangunan lama di bawah seliaan JKR. PPAG telah menyatakan komitmen untuk membantu menjayakan penyelidikan tersebut dalam skop kerja analisis dan eksperimen. Kedua-dua agensi telah mengusulkan untuk memeterai MoU/MoA yang masih dalam peringkat semakan. Kerjasama penyelidikan ini diharap akan memberi impak kepada kelestarian kerja pemuliharaan dan pemeliharaan senibina lama.

WhatsApp_Image_2024-04-02_at_12.43.21.jpeg  WhatsApp_Image_2024-04-02_at_12.43.20.jpeg