Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

Lawatan Penanda Aras Makmal Akreditasi MS ISO/IEC 17025 oleh INTROP UPM ke PPAG, USM

2hb November 2023.
Seramai 17 staf INTROP ( Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan) yang diketuai oleh Ketua Laboratori, Dr Mohd Zuhri Mohammad Yusoff diiringi oleh Pn Rusidah Md Yatim dari RNI USM telah mengadakan lawatan ke Makmal PPAG (Pusat Penyelidikan Arkeologi Global), USM, Pulau Pinang. Rombongan tersebut telah disambut oleh Pengarah PPAG, Prof Stephen Chia, En. Abdul Mutalib Abdullah, Pengurus Makmal dan staf makmal PPAG. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengadakan sesi pengenalan jabatan dan perbincangan kerjasama/kolaborasi berkaitan makmal akreditasi MS/ISO IEC 17025 antara kedua-dua makmal. Rombongan INTROP UPM telah melawat kemudahan alatan makmal di PPAG seperti SEM, Digital Microscope, ICPMS, XRF, XRD, Portable XRF, 3D Xray , FTIR dan alatan geofizik.

WhatsApp_Image_2023-11-03_at_12.29.56.jpeg WhatsApp_Image_2023-11-03_at_12.29.57.jpeg

WhatsApp_Image_2023-11-03_at_12.29.57_1.jpeg WhatsApp_Image_2023-11-03_at_12.29.57_2.jpeg

WhatsApp_Image_2023-11-03_at_12.29.58.jpeg WhatsApp_Image_2023-11-03_at_12.29.58_1.jpeg

WhatsApp_Image_2023-11-03_at_12.29.55.jpeg