Lawatan Delegasi 19th ASEAN European Academic University Network (ASEA-UNINET) Plenary Meeting
Pada 28hb Feb 2024, PPAG, USM telah menerima lawatan daripada peserta program 19th ASEAN European Academic University Network (ASEA-UNINET) Plenary Meeting seramai 110 orang daripada 85 buah universiti dan institusi pengajian tinggi dari 20 buah negara khususnya dari Eropah dan Asia Tenggara.
Peserta ASEA-UNINET diberikan taklimat oleh Pengarah PPAG YBrs Prof Stephen Chia dan seterusnya dibawa ke makmal PPAG untuk mendapatkan maklumat terkini tentang peralatan dan kemudahan makmal serta hasil kajian dan pameran arkeologi di Galeri PPAG. Lawatan tersebut diharap akan menghasilkan kerjasama dan kolaborasi di antara PPAG, USM dengan peserta atau institusi luar negara melalui ASEA-UNINET.