Kursus Konservasi & Analisis Rangka Manusia Purba
16 Jun 2022: Kursus Konservasi dan Analisis Rangka Manusia Purba telah diadakan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran staf arkeologi Jabatan Warisan Negara. Kursus ini turut mendapat kerjasama dari pihak Fakulti Pergigian Universiti Malaya. Antara pengisian adalah teknik ekskavasi, konservasi & dokumentasi rangka manusia, analisis rangka manusia dan gigi manusia, dan identifikasi & perbezaan rangka manusia dan haiwan. Kursus ini telah berlangsung dari 13-16 Jun 2022.