KURSUS ASAS ARKEOLOGI 2024
10 Julai2024; Kursus Asas Arkeologi 2024 (KUASA 2024) telah berjaya dilaksanakan dari 1 hingga 6 Julai yang lalu. KUASA 2024 kali ini menumpukan kepada Klasifikasi Alat Batu dan Tembikar Tanah Prasejarah. Kandungan kursus meliputi kelas teori pengenalan dan klasifikasi alat batu, dan juga tembikar tanah; disusuli sessi praktikal dengan artifak koleksi sebenar. KUASA 2024 disampaikan oleh barisan penceramah (pensyarah PPAG) seperti Dr. Velat Bujeng, Dr. Nor Khairunnisa, Dr. Suresh dan Prof. Stephen Chia, telah dihadiri oleh peserta dari Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara, Jabatan Muzium Sabah, PEjabat Pesuruhjaya Warisan Pulau Pinang dan beberapa individu persendirian. Antara objektif KUASA 2024 adalah, menyediakan peserta yang mampu untuk mengkelaskan alat batu mengikut fungsinya dan juga mengklasifikasikan tembikar tanah.
Peserta juga telah dibawa melawat beberapa tapak terbuka prasejarah di Lenggong, menjalankan aktiviti penghasilan alat batu di pinggir sungai, serta melawat perusahaan tembikar buatan tangan di Sayong, Kuala Kangsar.