Ekskavasi Minor Arkeologi 2024/25
10 Oktober 2024; Bermula 1 Oktober lalu, seramai 24 pelajar Minor Arkeologi USM telah berkampung di Pusat Lapangan Arkeologi, Lenggong Perak bagi menjalani latihan praktikal ekskavasi arkeologi selama 13 hari. Kerja lapangan ini meliputi survei, pemetaan, ekskavasi, analisis lapangan, dan kerja-kerja pos-ekskavasi yang merupakan asas dalam penyelidikan arkeologi.
Program ini juga merupakan kursus wajib yang perlu dihadiri penuh oleh pelajar yang mengambil Minor Arkeologi di USM.