BENGKEL MICRO XRF
15 Jun 2023 - Bengkel Mikro XRF telah diadakan di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global dengan kerjasama dari Inno Lab Engineering Sdn. Bhd. Peserta terdiri daripada warga USM, penyelidik universiti awam, dan syarikat mengikuti kelas teori, demonstrasi alat dan interpretasi hasil analisis. Mikro XRF dari jenama Bruker M4 Tornado yang dimiliki PPAG, mempunyai keupayaan untuk menjalankan analisis tanpa musnah (non-destructive) kualitatif dan semi-kuantitatif unsur kimia menggunakan sinar-X serta memetakan (mapping) unsur kimia tersebut pada sampel.