Teknologi Maklumat Ruangan dalam Arkeologi
Tajuk buku: Teknologi Maklumat Ruangan dalam Arkeologi
ISBN: 978-983-861-855-7
Nama Penulis: Tarmiji Masron, Mokhtar Saidin
Tahun diterbitkan: 2015
Ketebalan: 16 mm
Berat: 0.37
Sinopsis: Teknologi Maklumat Ruangan dalam Arkeologi mengetengahkan pendekatan silang disiplin dalam penyelidikan arkeolgi dengan mengaplikasikan teknologi maklumat ruangan seperti system maklumat geografi (GIS), penderiaan jauh, foto udara, system kedudukan sejagat (GPS) dan teknologi berkaitan dalam bidang fizik. Sejumlah 12 bab yang disumbangkan oleh pakar bidang arkeologi, geografi dan teknologi maklumat ruangan dalam buku ini memaparkan hasil kerja lapangan di tapak arkeologi utama di Malaysia seperti Lembah Lenggong dan Lembah Bujang. Menerusi buku ini, maklumat asas, isu dan pendekatan khhususnya dalam pembangunan, pengurusan, analisis dan pemodelan data, serta model jangkaan tapak arkeologi disampaikan melaluipenulisan yang mudah difahami, disokong dengan data yang tepat, dan disertakan dengan paparan visual berwarna yang menarik. Justeru, buku ini adalah sumber rujukan yang menyeluruh untuk pelajar, penyelidik dan agensi yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat ruangan, arkeologi, geografi, warisan, fizik dan perancangan.
Harga: RM 74.00