Perdagangan Dunia Melayu, China hingga kurun ke-16 Masihi: Satu tinjauan Sejarah dan Arkeologi
Tajuk buku: Perdagangan Dunia Melayu, China hingga kurun ke-16 Masihi: Satu tinjauan Sejarah dan Arkeologi
ISBN: 978-983-861-891-5
Nama Penulis: Nazurudin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw
Tahun diterbitkan: 2015
Ketebalan: 10 mm
Berat: 0.32
Sinopsis: Buku ini menyajikan kepada pembacaan dalam bentuk pelancongan minda yang menjengah masa lalu melalui medan penulisan dan pembuktikan dengan pendekatan sejarah dan arkeologi. mengandungi perbincangan para sarjana berkaitan dengan hubungan perdagangan antara Dunia Melayu dengan negara China sejak awal Masihi hingga kurun ke-16 Masihi. Kedua-dua sudut pandangan ini digunkan untuk mengungkapkan panorama tentang bentuk hubungan antara kedua-dua Kawasan ini baik melalui perhubungan dalam bentuk hungan perdagangan, perkapalan dan ufti, mahupun pengaruh; khususnya negara China yang mempengaruhi jatuh bangunan pusat-pusat perdagangan di dunia Melayu. Taburan ruangan kerajaan-kerajaan Melayu awal di Semenanjung Tanah Melayu juga disajikan dalam bentuk peta. Selain itu, bukti kehadiran dan bentuk hubungan dagang antara dunia Melayu dengan China ini juga jelas dibuktikan melalui jumpaan seramik di serata tempat di dunia Melayu. Antaranya para pembaca boleh mengahanrungi pengalaman pelancongan minda melalui jumpaan seramik di Lembah Bujang, Kota Kuala Kedah Muda dan Beruas yang membuktikan kewujudan perdagangan awal antara Dunia Melayu dengan China. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa perdagangan dan aktiviti perhubungan di antara kedua-kedua Kawasan memang benar-benar wujud dan masih boleh ‘dilawati’. Kesemua artikel dalam buku ini merupakan hasil penyelidikan daripada pelbagai geran penyelidikan.
Harga: RM 39.00