Lembah Sungai Merbok-Muda: Dari Era Kemerosotan Kedah Tua Hingga Pascakemerdekaan
Tajuk buku: Lembah Sungai Merbok-Muda: Dari Era Kemerosotan Kedah Tua Hingga Pascakemerdekaan
ISBN: 978-967-461-398-3
Nama Penulis: Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Mokhtar Saidin
Tahun diterbitkan: 2019
Ketebalan: 15 mm
Berat:0.48
Sinopsis: Menelurusi sejarah Lembah Sungai Merbok-Muda sejak era kemerosotan Kedah Tua pada kurun ke-14 Masihi hingga pascakemerdekaan adalah satu jangka masa yang panjang. Rentang waktu ini menyaksikan pelbagai peristiwa dalam lipatan sejarahnya yang tidak sunyi daripada cerita jatuh bangun manusia dan kemanusiaannya. Makalah-makalah dalam buku ini menyajikan bukti tinggalan kegemilangan lampau mulai daripada kegiatan perdagangan hinggalah kepada kehebatannya melalui cerita raja-rajanya dan masyarakat bawahan, fakta dan mitos serta budaya popular mengenai Raja Bersiung, situs pemakaman diraja, tapak istana dan manuskrip surat menyurat raja-rajanya. Sejarah penaklukan Siam, British dan kemerdekaan memahatkan perkembangan warisan budaya dan pentadbirannya yang terus subur dan megah.
Harga: RM 31.00