A huge collection of 3400+ free website templates www.JARtheme.COM WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Category: Arkeologi
Price: RM 20.00
ISBN: 978-983-861-611-9
Location: PPAG Library
Year: 2013

Hits: 3859

  / 0
PoorBest 

Review

Lembah Mansuli merupakan satu lembah yang mempunyai urutan budaya yang paling Panjang bermula dari 235,000 hingga 3,000 tahun dahulu. Hal ini menjadikan lembah ini yang tertua daripada segi prasejarahnya di Borneo yang telah dipertarikhkan secara kronometrik. Kini prasejarah Sabah diletakkan hamper sezaman dengan permulaan prasejarah di Kawasan lain di Asia Tenggara. Lembah Mansuli juga telah meningkatkan kefahaman budaya masyarakat Paleolitik di Sabah khasnya dan Asia Tenggara amnya daripada segi perubahan teknologi alat batu dan hubungan dengan persekitaran terutamanya turun naik paras laut semasa Zaman Pleistosen. Ia juga membuktikan bahawa migrasi manusia awal ke Borneo bermula sekurang-kurangnya pada pertengahan Zaman Pleistosen dan hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa perubahan paras laut pada ketika itu memainkan peranan dalam migrasi manusia awal di Asia Tenggara. Malah, persekitaran dan iklim juga turut mempengaruhi masyarakat Paleolitik yang menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku masyarakat tersebut daripada segi teknologi dan adaptasi.

Untuk info lanjut dan pembelian hubungi:

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM
Tel. +604 653 3357
Faks: +604 657 3546
E-mel: dir_ark@usm.my

Pembelian melalui pos, sila hubungi En. Faris - 0125752405 (Whatsapp)

*Kos penghantaran melalui pos mungkin berbeza bergantung kepada destinasi dan kuantiti.

Scanning Electron Microscope Online Booking