A huge collection of 3400+ free website templates www.JARtheme.COM WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Category: Arkeologi
Price: RM 40.00
ISBN: 978-983-46-0519-3
Location: PPAG Library
Year: 2010

Hits: 3362

 4 / 1
PoorBest 

Review

Buku ini membincangkan sejarah prasejarah di Malaysia semenjak tahun 1917 hingga 2007. Bukti-bukti ini meliputi zaman prasejarah secara umum, zaman Paleolitik, zaman Neolitik dan zaman Logam. Kesemua perbincangan disertai dengan bukti-bukti sahih melalui kajian oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) sejak tahun 1987. Melalui bukti dan artifak yang ditemui, prasejarah terawal wujud di Malaysia sekitar 200,000 tahun dahulu, di ikuti oleh zaman Neolitik dan akhirnya zaman Logam. Judul ini ditulis menggunakan pendekatan kronologi berasaskan sumber-sumber bertulis dan laporan kerja lapangan. Justeru, ilmu dan fakta yang dikemukakan boleh dipertanggungjawabkan. Buku ini merupakan satu-satunya kajian hasil ilmiah yang pernah dihasilkan oleh sarjana tempatan dan antarabangsa khusus tentang prasejarah di Malaysia. Kekuatan isi dalam buku ini terletak kepada kesahihan sumber yang digunakan, lengkap dengan gambar dan rajah bagi memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam bidang prasejarah, lebih-lebih lagi dalam Bahasa Melayu.

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM
Tel. +604 653 3357
Faks: +604 657 3546
E-mel: dir_ark@usm.my

Pembelian melalui pos, sila hubungi En. Faris - 0125752405 (Whatsapp)

*Kos penghantaran melalui pos mungkin berbeza bergantung kepada destinasi dan kuantiti.

Scanning Electron Microscope Online Booking