Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

THE LIFE PROGRAMME: DISCOVERING LABS @ ARCHAEO

25 SEPT 2022: Program LIFE: Discovering Labs@Archaeo telah diadakan di Pusat Lapangan Arkeologi USM, Lenggong, Perak dengan seramai 51 pelajar tahun 1-3 daripada ketiga-tiga kampus USM. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan pelajar kepada bidang arkeologi dan merasai sendiri pengalaman menjadi seorang ahli arkeologi. Prof. Stephen Chia, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM bersama Dr. Velat Bujeng, Dr. Nor Khairunnisa dan fasilitator lain telah hadir untuk memberi taklimat dan bimbingan kepada pelajar melalukan aktiviti arkeologi secara ‘hands-on’ seperti ekskavasi arkeologi, eksperimen membuat dan menggunakan alat batu, menyumpit, melawat tapak arkeologi, dan mencari siput sedut di sungai untuk dimakan seperti yang dilakukan oleh masyarakat purba Perak Man di Tapak Arkeologi Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong, Perak.

 

 IMG_5092s.jpg  IMG_5116s.jpg  IMG_5128s.jpg  IMG_5179s.jpg  IMG_5231s.jpg  IMG_5331s.jpg    IMG_20220925_161728S.jpg