Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

Program The Life USM: Discovering Living Labs @Archaeo

23 Januari 2022, Sungai Petani Kedah: Seramai 19 pelajar telah menyertai Program The Life USM: Discovering Living Labs @Archaeo untuk pakej sehari di Kompleks Arkeologi Sungai Batu. Pelajar telah didedahkan dengan penemuan tapak ritual/keagamaan, jeti purba, bangunan pentadbiran, dan tapak peleburan besi melalui lawatan berpandu yang bermaklumat. Selain itu, pelajar berpeluang menyertai pelbagai aktiviti hands-on dalam kajian arkeologi seperti pemetaan tapak, pemetaan geofizik, dan penggalian secara hands-on. Mereka juga berpeluang merasai sendiri eksperimen peleburan besi dan pembuatan batu bata yang menggambarkan aktiviti tamadun awal.

Pemasangan teknologi hologram dan kod QR berfungsi dengan baik di tapak SB2A dan SB2H. Teknologi ini mempersembahkan aktiviti masyarakat bertamadun awal dalam peleburan besi sejak seawal 788 SM melalui maya dan interaktif. Pelajar sangat teruja dengan penemuan arkeologi tamadun awal dengan kemajuan teknologi terkini.

FIR_7956.jpgFIR_8028.jpgFIR_8058.jpgFIR_8087.jpgFIR_8100.jpgFIR_8161.jpgFIR_8277.jpgFIR_8312.jpgFIR_8420.jpgFIR_8549.jpgFIR_8615.jpgFIR_8680.jpgFIR_8690.jpgFIR_8726.jpgFIR_8739.jpgFIR_8743.jpgFIR_8763.jpgFIR_8983.jpg