Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

Program Latihan Pemandu Arkeopelancongan di Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO, Perak.

Program Latihan Pemandu  Arkeopelancongan bagi sesi keempat dan kelima telah berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2023, dan 8 hingga 10 Julai 2023 di Pusat Lapangan Arkeologi Lenggong, Perak.

Seramai 36 orang pemandu pelancong dari beberapa pertubuhan telah didedahkan dengan  pelbagai aspek arkeologi melibatkan kebudayaan arkeologi, pemeliharaan dan kelestarian tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO di Lembah Lenggong. Peserta  diberi taklimat di tapak-tapak Arkeologi di sekitar kawasan Lembah Lenggong iaitu Bukit Bunuh, Bukit Jawa, Kota Tampan, Gua Teluk Kelawar, Gua Kajang dan Gua Badak. Mereka juga turut didedahkan dengan aktiviti ‘hands-on’ ekskavasi, aktiviti membuat peralatan batu, melawat tapak terbuka dan melawat tapak gua.

Program ini merupakan usaha Pusat Penyelidikan Arkeologi Global dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat awal yang tepat tentang arkeologi di Lenggong Perak kepada pemandu pelancong disamping  mempromosikan dan memajukan arkeopelancongan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Lenggong.

 

Picture7.png  Picture8.png

Picture9.png  Picture10.png

Picture11.png  Picture13.png