Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

PROGRAM ARKEOLOGI MUDA LENGGONG

Program ini julung kali dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global dengan kerjasama Think City. Program ini dijalankan selama setengah hari dan melibatkan enam fasa. Penyertaan bagi program ini melibatkan 50 pelajar yang berusia diantara 13-18 tahun dari sekolah-sekolah di Lenggong, Hulu Perak.
 
Peserta akan didedahkan kepada bidang arkeologi, kaedah ekskavasi dan dapat berpeluang merasai sendiri menjadi seorang ahli arkeologi. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah taklimat arkeologi, survei, ekskavasi, pemetaan, lawatan ke tapak arkeologi, demonstrasi pembuatan dan penggunaan artifak dan pelbagai aktiviti lain yang sesuai dengan tahap umur dan pengetahuan golongan ini.
 
Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut.