Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

Program Arkeologi Muda

Program Arkeologi Muda bagi sesi 1 dan sesi 2 bagi tahun 2023 telah berlangsung pada 8 Julai 2023 di Pusat Lapangan Arkeologi dan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1- 4 dari dua buah sekolah di sekitar Lenggong iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong seramai 40 orang dan MRSM Lenggong seramai 26 orang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memupuk minat pelajar tentang bidang arkeologi iaitu aktiviti ‘hands-on’ seperti ekskavasi arkeologi, eksperimen pembuatan alat batu, pembuatan tembikar, analisis saintifik, aktiviti menyumpit, tayangan video dan aktiviti interaktif. Pelajar berpeluang ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong untuk melihat sendiri pameran arkeologi Lembah Lenggong dan tapak Arkeologi Kota Tampan. Program ini merupakan usaha Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd. yang bertujuan dalam memberikan pendedahan awal dan mendidik anak muda tempatan tentang arkeologi di Tapak Warisan Dunia UNESCO Lenggong, Perak. Semoga program ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang bermakna kepada generasi muda ini untuk memelihara dan melestarikan warisan arkeologi untuk Lenggong dan Negara.

Picture6.png Picture1.png  

Picture2.png  Picture3.png

Picture4.png  Picture5.png