Skip to main content

Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH KEDAH TUA BERDASARKAN CATATAN YI JING

11 JULAI 2024: Seramai kira-kira 500 orang penyelidik, ahli akademik, dan sejarawan dari dalam dan luar negara telah menyertai Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi-Jing. Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (PKHM).

Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg. Tuan Zheng Xuefang, Menteri di Kedutaan Besar China di Malaysia, YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Cik Cao JinPing, Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik dan Agama Wilayah Shandong, serta YB Dato' Haji Mohd Salleh bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah Darul Aman. Pengurusan tertinggi kementerian, jabatan, dan agensi turut hadir bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.

WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.11.jpeg WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.11_2.jpeg 

WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.08_1.jpeg  WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.10.jpeg

WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.10_1.jpeg  WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.08.jpeg  

WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.09_1.jpeg  WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.09_2.jpeg  

WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.11_1.jpeg  WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.12_1.jpeg

WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.12_2.jpeg  WhatsApp_Image_2024-07-16_at_10.58.12.jpeg