Centre for Global Archeological Research  |  Main Campus

KURSUS ASAS ARKEOLOGI 2022

29 Julai 2022: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM telah menganjurkan Kursus Asas Arkeologi (KUASA) bertemakan "Eksplorasi dan Survei Arkeologi" pada tahun 2022 di Pusat Lapangan Arkeologi, Lenggong, Perak pada 25-28 Julai 2022. Kursus latihan ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada ilmu asas arkeologi dan pelbagai kaedah, teknik dan prosedur saintifik dalam eksplorasi dan survei tapak arkeologi untuk kajian. Selain itu, peserta turut berpeluang menjalankan aktiviti tinjauan dan survei secara peribadi di tapak-tapak arkeologi Warisan Dunia di Lembah Lenggong. KUASA tahun ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai 20 orang peserta dari Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Muzium Sarawak, Yayasan Warisan 

Johor, Universiti Malaysia Terengganu, Institut Pendidikan Guru, Universiti Malaysia Sabah, agensi swasta dan individu-individu awam yang berminat untuk mempelajari, mendalami ilmu dan kemahiran dalam bidang arkeologi.
 
WhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.11_AM.jpeg WhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.11_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.11_AM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.12_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.12_AM.jpgWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.12_AM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.13_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.13_AM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.13_AM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.14_AM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.14_AM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.14_AM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-29_at_7.09.15_AM.jpeg

Sitemap    |  Disclaimer    


Hubungi Kami

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research),
11800 USM, Pulau Pinang

Tel : +604 - 653 3357 
Fax : +604 - 654 3546  |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Centre for Global Archaeological Research (CGAR), Universiti Sains Malaysia.