A huge collection of 3400+ free website templates www.JARtheme.COM WP themes and more at the biggest community-driven free web design site

Minor Programmes

We have a minor package programme with elective/optional courses in archaeology offered to all undergraduates in USM. The syllabus covers Introduction to Archaeology; Ascent of Man and Civilisation; Archaeological Excavation; Science in Archaeology; and Southeast Asian Archaeology. Students are offered site visits and excavations as well as hands-on work in the laboratory for a more complete understanding of evidence gathering, environment reconstruction and archaeological interpretations.

OBJEKTIF

Mendedahkan pelajar-pelajar kepada bahagian-bahagian dan isu-isu utama dalam arkeologi supaya mereka mempunyai pengetahuan asas yang boleh diperkembangkan kemudian. Setelah mengambil pakej ini, pelajar-pelajar akan mengetahui tentang “ruang” (space) dan “masa” (time) - perkembangan manusia dan kebudayaan prasejarah, tamadun-tamadun awal, metod arkeologi, kebudayaan material dan teknologi awal.

Kursus-kursus ini akan memberi pelajar satu dimensi masa yang luar biasa dan mereka akan dapat cantumkan/suaikan “masa” dengan peristiwa-peristiwa dalam perkembangan manusia dan teknologi pada zaman prasejarah hingga tamadun awal, dalam ruang yang luas, iaitu sedunia.

Pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada pendekatan penyelesaian masalah dan interpretasi yang merangkumi metod sains sosial dan sains tulin.

 

STRUKTUR RANCANGAN

Pelajar perlu mengumpul 16 unit dari 4 kursus yang ditawarkan. Semua kursus adalah teras wajib. Pelajar boleh memulakan minor dengan

mendaftar mana-mana kursus yang ditawarkan pada semester yang berkenaan. Tidak ada prasyarat bagi setiap kursus yang ditawarkan.

 

Kod Kursus/Unit

Tajuk Kursus

Semester ditawarkan

UAW 101/4*

Pengantar Arkeologi

I

UAW 201/4**

Perkembangan Manusia dan Tamadun

I

UAW 302/4

Sains dalam Arkeologi

II

UAW 303/4*

Arkeologi Asia Tenggara

II

UAW 304/4

Ekskavasi Arkeologi

I

* Dibuka sebagai kursus opsyen

* Kursus ini khas untuk pelajar sistem 4 tahun yang mendaftar Pakej Minor Arkeologi 20 unit

 

SINOPSIS

UAW 101/4 – Pengantar Arkeologi

Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang arkeologi. Pelajar akan mempelajari sejarah arkeologi dan bagaimana ahli arkeologi mengenalpasti tapak-tapak arkeologi, menjalankan ekskavasi, menentukan usia artifak atau tapak, dan membuat rekonstruksi tentang cara hidup prasejarah. Pelajar juga akan mempelajari tentang artifak dan teknologi prasejarah yang ditemui dalam ekskavasi di seluruh dunia. Pelajar-pelajar akan diberi peluang memeriksa berbagai jenis artifak ekskavasi, membuat alat-alat batu, dan melawat tapak-tapak arkeologi.

 

UAW 201/4 – Perkembangan Manusia dan Tamadun

Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada bukti arkeologi yang dapat memperihalkan aktiviti dan tingkahlaku manusia sejak 4 juta tahun hingga permulaan tamadun – suatu perkembangan yang berlaku dengan perlahan dan tidak rata di seluruh dunia. Dalam jangkamasa yang panjang ini, pelajar-pelajar akan diperkenalkan sepintas lalu kepada perubahanperubahan utama dalam iklim, flora dan fauna. Kursus ini akan berfokus kepada tahap-tahap perkembangan kejenisan manusia, kebudayaan material dan teknologi dalam perbincangan prasejarah di kawasan terkemuka di Afrika, China dan tamadun awal terpilih seperti Mesir,. Timur Tengah, India, China dan Mexico.

 

UAW 302/4 - Sains dalam Arkeologi

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada pendekatan sains yang sering digunakan untuk menyelesaikan persoalan-persoalan dalam arkeologi. Pendekatan sains ini melibatkan kaedah-kaedah fizikal dan kimia yang akan diperkenalkan kepada pelajar melalui pemeriksaan makmal, terhadap berbagai jenis artifak seperti tembikar, gangsa dan manik. Maka, pelajar akan berpeluang memperolehi pengalaman “hands on” melalui kelasmakmal dan projek makmal.

 

UAW 303/4 - Arkeologi Asia Tenggara

Masyarakat Asia Tenggara pada zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam di Asia Tenggara belum lagi mempunyai tulisan, dan oleh demikian tidak meninggalkan bahan-bahan tertulis yang boleh menceritakan tentang kehidupan mereka. Maka, apa yang ditinggalkan (misalnya, tembikar, gangsa, tulang, alat batu), boleh dikaji melalui arkeologi, untuk “menghidupkan semula” masyarakat dan kebudayaan prasejarah. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada tahap-tahap perkembangan kebudayaan manusia awal dan isu-isu utama dalam prasejarah Asia Tenggara, terutamanya di negeri Thai, Vietnam, Indonesia, Filipina dan  Malaysia.

 

UAW 304/4 - Ekskavasi Arkeologi

Kajian arkeologi melibatkan kerja lapangan dan juga kerja makmal. Maka, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja asas yang dijalankan di tapak kajian serta analisis terhadap artifak yang ditemui dalam ekskavasi. Kursus ini akan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang bagaimana kerja lapangan dilakukan, bagaimana analisis-analisis dijalankan dan akhirnya bagaimana interpretasi dibuat. Kerja lapangan berlangsung semasa cuti panjang dan akan mengambil masa selama 2 minggu. Kursus ini akan diteruskan pada Semester I dengan berfokas atas metod menjalankan berbagai analisis terhadap artifak.