A huge collection of 3400+ free website templates www.JARtheme.COM WP themes and more at the biggest community-driven free web design site

Kursus Analisis & Instrumentasi 2019 XRF, XRD & SEM

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM, akan menganjurkan Kursus Analisis dan Instrumentasi 2019 – XRF, XRD & SEM bertempat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global pada 24, 25 dan 26 Jun 2019. Kursus-kursus ini merupakan kursus pengenalan tentang analisis dan instrumentasi kepada mereka yang berminat, sedang dan/atau bercadang untuk menggunakan kaedah XRF, XRD & SEM dalam kerja dan penyelidikan masing-masing. Peserta akan mengikuti kuliah tentang teori XRF, XRD dan SEM dan diberi pendedahan di makmal secara praktikal menggunakan peralatan analisis iaitu XRD Bruker D8 Advance, XRF Panalytical Axios Max dan SEM Quanta FEG-650.

Peserta ditawarkan 3 kursus utama iaitu kursus XRF, XRD dan SEM. Satu hari diperuntukan untuk setiap kursus. Peserta boleh memilih mana-mana kursus atau mengikuti ketiga-tiga kursus tersebut.

XRF - 24 Jun 2019, Pensyarah: Prof Stephen Chia Ming Soon
XRD – 25 Jun 2019, Pensyarah: Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim
SEM – 26 Jun 2019, Pensyarah: Prof. Madya Dr. Ng Eng Poh

Yuran setiap kursus adalah RM200 untuk seorang manakala RM180 untuk pelajar
Harga istimewa untuk 3 kursus RM550 untuk seorang dan RM500 untuk pelajar (perlu menyertakan bukti pengajian).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi secretariat kami:
En. Mutalib – 012-933 7794
En. Sairul – 010-839 6178
Emel – mpbb@usm.my

Scanning Electron Microscope Online Booking