A huge collection of 3400+ free website templates www.JARtheme.COM WP themes and more at the biggest community-driven free web design site

Bengkel Profil Penyelidik

USM, PULAU PINANG, 22 Januari 2018 - Satu bengkel profil penyelidik telah diadakan di Bilik Kota Tampan PPAG,USM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang platform-platform Profile penyelidik dan kepentingannya (Orcid ID, Researcher ID, Scopus Author ID, Google Scholar ID). Ia juga membantu penyelidik mengemaskini Profil Penyelidik dan menyelesaikan masalah yang berkaitan (variasi nama, variasi akaun, menarik data dari laman berbeza) dan mengumpul maklumat terkini profil penyelidik USM. Bengkel ini diketuai pegawai universiti dan disertai oleh staf akademik dan pegawai penyelidik PPAG.