A huge collection of 3400+ free website templates www.JARtheme.COM WP themes and more at the biggest community-driven free web design site

USM Lancar Pakej Arkeopelancongan

GEORGE TOWN, 21 Mac : Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini melancarkan pakej arkeopelancongan dengan matlamat mendekatkan disiplin arkeologi kepada masyarakat.

Pakej itu, yang dilancarkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah di sini, menawarkan lawatan ke dua tapak arkeologi terkenal iaitu Lenggong di Perak dan Sungai Batu di Kedah.

Dalam ucapannya, Ahmad Farhan berkata antara elemen yang ditawarkan dalam pakej itu adalah aktiviti lawatan berpandu, eksperimen pembuatan bata, eksperimen peleburan besi, pembuatan alat batu dan penghasilan replika artifak.

Pakej arkeopelancongan itu akan bermula pada 1 Mei ini.

Selain itu, USM turut melancarkan Galeri Mini Orang Asli dan Galeri Arkeobiologi yang dibuka kepada orang ramai hari ini.

Galeri itu, yang bertempat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, mempamerkan rangka manusia hasil penyelidikan universiti selama 30 tahun. - Bernama