A huge collection of 3400+ free website templates www.JARtheme.COM WP themes and more at the biggest community-driven free web design site

Seminar Siswazah Arkeologi Kebangsaan 2019

Penganjuran Seminar Siswazah Arkeologi Kebangsaan 2019 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Pulau Pinang

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang akan menganjurkan Seminar Siswazah Arkeologi Kebangsaan 2019 sempena ulang tahun ke-50 USM dengan tema ‘Memartabatkan Sejarah, Tamadun dan Warisan Arkeologi Malaysia’. Seminar ini akan berlangsung pada 5 November 2019 bertempat di Universiti Sains Malaysia.

Seminar ini bertujuan untuk menghimpunkan para siswazah arkeologi dari peringkat sarjana dan kedoktoran di Malaysia dalam satu wacana ilmu untuk membentangkan hasil penyelidikan terkini serta membincangkan pelbagai isu dan masalah dalam arkeologi tanah air. Perkongsian ilmu dan idea melalui seminar ini diharapkan dapat membawa perkembangan positif terhadap penyelidikan dan pembangunan arkeologi negara pada masa akan datang.

 Antara bidang atau topik yang akan dibahaskan dalam seminar ini adalah arkeologi prasejarah, arkeologi protosejarah, arkeologi bawah air, arkeologi Islam, etnoarkeologi, etnografi dan orang asli, epigrafi, lukisan dan tulisan awal, sejarah/etnosejarah, konservasi arkeologi, aplikasi sains dalam arkeologi, arkeopelancongan, pengurusan warisan arkeologi, zooarkeologi, arkeogeologi, arkeogenetik, arkeologi awam/komuniti, permuziuman.

 Nota Penting

 * Abstrak kertas kerja perlu dihantar pada atau sebelum 15 Ogos 2019

 * Kertas kerja penuh perlu dihantar pada atau sebelum 15 September 2019

 * Tarikh akhir pendaftaran adalah 31 Oktober 2019

 * Abstrak dan kertas kerja penuh perlu diemel kepada urusetia seminar di alamat siswazaharkeo@gmail.com

 

Muat turun poster dan borang:

https://drive.google.com/drive/folders/1MDumWsVhO7-OWK_ATrqyICmUNLNNSy27?usp=sharing

 

Scanning Electron Microscope Online Booking